Current updates:

Komen yang ditinggalkan di Belog Cik Kumbang akan dibalas di blog anda.Terima Kasih sudi komen di BCK :)
Untuk sebarang TEMPAHAN DESIGN, PENGIKLANAN dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke cikkumbang12@gmail.com

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS

Giveaway

HADIAH
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..
8 comments View Post

End Year Giveaway by seindahcerita

Giveaway
Klik banner untuk join
Jom support sesama blogger

Doakan cik kumbang menang ye ! (^_^)
7 comments View Post

1st Mini Giveaway by Azyyati Liah

Mini Giveaway by Azyyati Liah
Klik banner untuk join 
Jom support sesama blogger

Harap-harap menang fridge magnet Hong Kong hihi (^__^)

Giveaway Tamat : 25 Disember 2015
2 comments View Post

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

Segmen Bloglist

Klik banner untuk join
Jom support sesama blogger

Segmen Tamat : 26 Disember 2015 !
3 comments View Post

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2

http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2015/12/segmen-blogwalking-tambah-follower_16.html

Klik banner untuk join
Jom support sesama blogger (^__^)
6 comments View Post

Preloved Wedges Carlo Rino

Preloved Carlo Rino
Assalamualaikum & Hi

Cik Kumbang nak letgo kasut terchenta ni dengan harga RM120 sahaja.
Kos pengeposan ditanggung oleh Cik Kumbang

Condition : 9/10
Tinggi : 3.5"inci 
Size : 37
Preloved Carlo Rino


Details kasut boleh refer web : http://shop.carlorino.net/shoes/cr-3.5-sling-sandal-wedges-platform-333001-024-08

Ekceli sayang giler nak letgo sebab design cantik dan sedap dipakai
Tapi aku ni spesies yang tak pandai pakai kasut tinggi-tinggi tsskkk (T_T)
Kalau 2 inci ke bawah tu boleh tahan lagi
Ni 3.5" inci kot,sakit pinggang mak jemah memakainya hohoho ~

Aku beli kasut ni sebab nak pakai masa majlis bertandang last year.
Pastu dah tak pakai sebab tinggi,jalan pun terkedek-kedek hahaha
Kasut yang butik pengantin bagi, tapaknya terlalu runcing.
Risau pulak nak pakai kang terbenam pula tapak kasut dalam tanah kahkahkah

Preloved Carlo Rino

SERIOUS BUYER ONLY
Boleh Telegram @cikkumbang
atau email : cikkumbang12@gmail.com
2 comments View Post

[Wedding Review] DIY Deco Doorgift Bag

DIY Doorgift Bag

Assalamualaikum & Hi

Ekceli idea nak men'deco kan doorgift bag ni pun adalah idea last minit juga hahaha
Just buat ckit sahaja.
Untuk kawan-kawan aku yang datang majlis.

Dalam bag ni aku letak mug kaca besertakan sudu,buah epal & M&M cookies (sponsor dari cik BFF: IG @zaza_cookies)

Lihatlah betapa 'bersepahnya'
DIY Doorgift Bag

DIY Doorgift Bag

Misi deco-deco berjaya seperti yang diimpikan wehuuuu~ 
DIY Doorgift Bag

X.O.X.O
6 comments View Post

Giveaway CINTA by CN

Giveaway CINTA by CN

giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak?
Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN :

1. Follow blog CikguNorazimah,

2. Add To Circle G+CikguNorazimah,


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :

Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah
9 comments View Post

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
11 comments View Post

[Wedding Review] DIY Photo Props

DIY Photo Props

Assalamualaikum & Hi

Next DIY Project adalah Photo Props.Part paling eksited nak buat hahaha
Untuk bakal pengantin kat luar sana, 
kalau korang ada printer better korang buat sendiri je Photo Props ni.
Tapi kalau malas tak dapet la den nak nolong nyer (^_^)

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk DIY Photoprops adalah:
1.Gunting
2.Gam
3.A4 Paper ( Black + White + Kertas Kraft + Photo Paper )
4.Mounting Board
5.Glue Gun
6.Glue Stick
7.Lidi Sate haha
8.Styrofoam Cutter
9.Styrofoam
10.Felt 
11.Tali 

Fuh macam banyak gilos pula bahan-bahan yang diperlukan ye !
Kalau korang nak tiru macam aku kena la ada bahan-bahan kat atas tu.

Okay jom kita tengok apa yang berjaya aku DIY'kan << bahasa apakah ini ?

DIY Photo Props

Moustache Props

Untuk props misai a.k.a moustache first aku print atas A4 paper yang warna putih,
then aku lekatkan atas mounting board.
Bila gam dah kering baru la aku start aktiviti menggunting.
Serius sakit gilos kot tangan aku masa nak gunting mounting board sebab lentik misai ni over sangat hahaha
Semput kejap mak jemah nak siapkan semua misai-misai yang ada.
Tula gatal p g print banyak-banyak sapa suruh hahaha (^_^)

Lips Props

Untuk props bibir aku guna felt warna merah.
Ini kes nak jimat ink printer ye kawan-kawan.
Bijak x gue ? hahaha
So aku print outline bibir pada A4 Paper warna putih then gunting.
Lekatkan pada felt dengan menggunakan jarum,
then gunting je felt tu ikut acuan yang kita print tadi.
Errkkk... korang faham ke apa yang aku bebel-bebel tadi ?
Kalau agak urdu just abaikan kahkahkah !
Then aku lekatkan mounting board kat blakang props bibir supaya ia keras untuk aku lekatkan pada lidi nanti.Refer gambar bawah ni.
Okay aku punya ayat pun dah macam ke+ling.

Next . . . .

DIY Photo Props
Sesi keringkan gam

Colorful Props

Untuk props yang bercolor aku gunakan Photo Paper.
Ataupun orang panggil glossy paper kot kalau tak silap aku la hikss~
Korang gugel je 'Printable Photo Props', kompem rasa macam nak print je semua yang ada
Pastu semput nak gunting semua hahaha

Haaa by the way, time print jangan lupa tukar setting >> Photo Paper
Kalau tak jadi macam cik kumbang hari tu lupa tukar setting,pegang je props terus terkeluar color dia tssskkk~

DIY Photo Props Malaysia

Wording Props

Masa decide nak DIY Photo Props ni aku memang yakin boleh lah dapat buat sebijik macam apa yang aku duk survey dalam Instagram & Google.
Alah senang je ni nak buat props wording background warna hitam.
Beli je la paper warna hitam, then print text kaler putih.
Kan ke dapat jimat ink hitam.

Boooo !!!

Noob sangat pasal printer sampai aku tak tahu bahawasanya printer tak bole print ink warna putih kah kah kah !!!
So solutionnya demi nak menjimatkan ink printer kesayangan aku maka aku dapat satu idea untuk print wording atas paper A4 and gunting letter by letter then gam kan pada mounting board hitam.

Fuh !!!

Gigih gila iollss duk buat benda alah ni.
Tapi seronok baq hang !

Kepala hotak aku ni just pikir nak jimatttt je wohoho
Bahagian belakang mounting board tu kan putih bersih je,
so kita manfaatkan dengan print out wording atas A4 paper putih.
Maka dapat la 2 in 1 photo props. [Refer gambar di atas]
contohnya yang 'Gossip GIRLS' tu kalau korang terbalikkan akan dapat 'Who's NEXT?'
Super duper jimat weeehuuuu~

Bila dah tiba satu tahap aku rasa malas
Maka aku terus print je atas kertas kraft hahaha~
Sonang kerja den 

Inilah hasilnya 
.
.
.
See , banyak kan photo props yang berjaya aku buat
Ni kalau nak beli sure RM100 kot

DIY Photo Props Malaysia

DIY Photo Props

Props Tambahan

#1 The Wedding of Fatin & Ishak
This one sama je konsep dengan wording props kat atas.
Gigih tampal setiap huruf hoho

#2 Frame 
First aku print atas Photo Paper then lekat pada styrofoam

#3 Huruf 'I' dan 'F'
Mulanya aku plan nak beli wooden letter di Instagram.
Tapi frust sebab owner IG tu cakap huruf F dah habis stock & tak sure bila akan ada lagi.
Tingggg !!!
Tiba-tiba dapat idea nak DIY sendiri je letter ni.
Macam biasa aku print dulu atas kertas kraft, then lekat pada styrofoam.
Aku buat double styrofoam so nampak tebal ckit hurufnya.

#4 Instagram 
Yang ni aku design dalam Photoshop then hantar print kat kedai sebab printer aku just boleh print size A4 paper je huhuhu

Jom tengok hasil posing bersama DIY Photo Props by cik kumbang
Di entry [1] & [2] pun ada gambar posing guna Photo Props ni

DIY Photo Props

DIY Photo Props
Lebihan mounting board yang ada aku buat bingkai macam gambar sebelah kanan ni (^_^)

Flower crown kat bawah ni pun buat sendiri juga
Ambik lebihan crepe paper time bertunang hari tu hiks~
DIY Photo Props
DIY Photo Props

Wedding Banner

Part banner ni memang agak mencabar nak buat sebab nak kena ukur saiz yang sesuai bagi setiap huruf dan shape yang korang guna.
Tengok macam mudah tapi bila kau nak buat sendiri terus blur nak start dari mana ni hohoho
Yang penting puas hati sebab berjaya juga buat semua props !!
Yeay !!

DIY Photo Props

DIY Photo Props

DIY Photo Props

Jangan tanya part bajet sebab aku over eksited nak buat benda alah ni
sampai lupa nak buat kira-kira hahaha
Yang penting puas hati sebab semuanya dapat buat macam apa yang di impikan ecewah !
Ramai juga kawan-kawan yang PM di facebook
"Awak tak nak letgo ke awak punya Photo Props ? "
Sorry awak,saya sayang nak jual sebab saya buat semua props ni dengan penuh kasih sayang
Bole ke jawab gitu? Hehehe

Tak la.Aku sayang nak jual sebab first of cos la sebab buat sendiri.Second props-props ni semua bole digunakan semula untuk majlis adik-adik aku nanti. So dapat la berjimat di situ.Kalau nak sewa pun aku tak ambil juga sebab takut rosak hikhikhik~

TIPS untuk buat Photo Props:

1.Props Wording mestilah besar at least full 1 A4 paper, so time ambik gambar nampak jelas tulisan pada Photo Props korang.
2.Warna mestilah terang so guna lah Photo Paper :D

P/s: Ada yang berminat ke kalau cik kumbang open order for Printable Wedding Banner macam kat atas tu ? wink !
10 comments View Post

[Wedding Review] DIY PhotoBooth

DIY PhotoBooth

Assalamualaikum & Hi

Plan asal untuk DIY photobooth adalah aku nak design backdrop dalam photoshop then hantar kedai untuk print.
Kononnya dah habis simple la kalau buat camtu.
Tinggg !!!
Tetibe dapat idea yang lagi super duper jimat iaitu nak buat backdrop gantung-gantung macam gambar kat bawah ni.Cantik kan ?
Tapi sebelum nak setup photobooth ni jenuh juga duk pikir kat mana den nak taruk nanti.
Last-last sasaran tertumpu pada langsir rumah wakakaka
 
DIY PhotoBooth

Idea ni muncul tiba-tiba bila aku nampak lebihan gabus-gabus yang diberi oleh pihak Shaklee masa aku order barang hari tu.So daripada nak buang camtu je baik kita manfaatkan ia,betul x?
Dengan gigihnya aku siapkan backdrop gantung-gantung ataupun dipanggil snow backdrop ni.
Then aku pun try la pasang di langsir.
Gulppp ~

Kucing pula yang sibuk duk main aku punya backdrop (T__T)
Plus keadaan persekitaran yang berangin.
Kalau angin sepoi-sepoi bahasa ni boleh tahan lagi.
Tapi disebabkan rumah aku ni berhampiran dengan pantai maka angin dia cuba la kau bayangkan.
Memang tak molek la nak guna gabus ni.

Maka terpaksa fikir idea lain.
Google punya google aku terjumpa gambar buat backdrop guna doily paper.
Tinggggg !!!
Terus dapat idea untuk tiruuuuu wahahaha (^_*)

Lebihan doily paper dari DIY Kad Kahwin aku ambik untuk jadikan backdrop photobooth.
Super Duper Jimat !!!!
Photo booth paling bajet abad ini !!!

TOTAL DAMAGE : Around RM15 ++ !!!

DIY PhotoBooth
Plan bertukar
Disebalik tabir pembikinan backdrop photo booth gue
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1.Doily paper
2.Double-sided
3.Gunting
4.Salotape
5.Tali
6.Pin

DIY PhotoBooth
Inilah hasilnya
.
.
.
.
Tadaaaa
.
.
.
.
.

DIY PhotoBooth
Bridesmaid paling sempoi
Pagi selepas subuh baru setup pasang backdrop pada langsir.
Tak boleh pasang awal-awal sebab kanak-kanak riang ramai.
So paham-paham aje la ye hahaha
DIY PhotoBooth
Incik photographer pun 'interprame' juga :D
DIY PhotoBooth
Posing bersama photo props
DIY PhotoBooth
Sebelum dan Selepas
DIY PhotoBooth Hasil posing di photo booth RM15 plus plus

Ok x? hahaha
Janji ada photobooth kannn
Alhamdulillah tetamu semua suka sangat bergambar kat photobooth corner gue ni.
Siap berebut-rebut lagi nak posing pegang photo props hahaha
Next entry aku update pasal Photo Props pula ye

DIY PhotoBooth Thank you for reading this entry !
11 comments View Post

[Wedding Review] Baju Nikah by ZAWARA

Baju Nikah by ZAWARA

Assalamualaikum & Hi

Lama pula tertangguh aktiviti review kawen-kawen ni hahaha
Okay untuk baju nikah aku memang kalau boleh nak cari baju yang aku bole pakai sampai bila-bila.Maksudnya bukan sekadar nak pakai time nikah je, lepas tu kau simpan dalam almari buat pekasam hahaha

Nak sewa atau nak tempah custom-made atau nak beli yang ready-made?

Masa aku survey-survey hari tu,harga sewa pun dah macam harga upah buat baju baru.
Nak pakai nya kejap je pun sebab aku punya majlis akad nikah & bersanding pada hari yang sama.So macam tak berbaloi.

Kalau tempah custom-made kau nak kena fikir material kain apa yang ok, berapa meter kain nak guna, nak fikir design lagi , nak letak lace apa, nak taruk beads macam mana,warna apa  bla bla bla anddddd nak kena bajet harga lagi woahahaha memang not so me la
Paling kurang pun mau ribu-ribu juga kan
Tapi kalau korang ada duit lebih, tak salah pun nak buat yang vogey the vass.
Pendapat masing-masing. Betul tak ?
Itu belum masuk part nak kena survey tailor yang bagus sebab takut hasilnya tak seperti yang diharapkan.

Bagi aku  tak berbaloi nak spend beribu-ribu just untuk pakai 2-3 jam.Memang la nikah ni sekali je seumur hidup.Tapi tak perlu la nak membazir banyak-banyak.
Aku punya style simple + sempoi je.
As long as sopan untuk dipakai masa majlis akad nikah dah cukup bagi aku (^_^)

Bab warna pula, aku memang kalau boleh nak cari warna selain dari warna putih so that nanti aku boleh la pakai untuk event-event pape ke baju tu kan.Nak dipendekkan cerita (kes pemalas nak bebel panjang-panjang hahaha) kawan aku ada beli baju dari Butik ZAWARA.Kiranya masa tu first time la aku tahu pasal kewujudan Butik ZAWARA ni.

Kebetulan pula ZAWARA keluarkan design dress baru diorang iaitu Adalia Dress.And kebetulan juga masa tu ada Promotion dari RM299 tinggal RM219 je. Hah aku pun apa lagi,terus grab la peluang yang ada.Asalnya aku nak warna cream(bukan putih ye hik3) tapi incik tunang cakap better ambik warna dusty pink so that nanti bole pakai pergi dinner ke,kenduri ke.Orait aku pun follow je.

ZAWARA Adalia Dress
ZAWARA Adalia Dress
Rambang mata nak pilih warna semua lawa-lawa (^_^)

ZAWARA Adalia Dress warna Dusty Pink.
ZAWARA Adalia Dress
Pengalaman pertama beli baju secara online hahaha
Itu pun ambil masa 1 minggu sebelum decide nak beli sebabnya kalau kita beli baju secara 'offline' bole pegang-pegang material kain macam mana kan.Kalau beli online memang kena check betul-betul la.

Alhamdulillah sangat-sangat berpuas hati dengan material kain dress ni.Selesa, tak jarang dan tak panas.Best sangat pakai dress ni.So far dah ada 3 design dress dari ZAWARA sebab material kain dia best sangat !!!

ZAWARA Adalia Dress
Close-Up beading di bahagian tangan

Review Baju Nikah
Posing kibas-kibas kain ckit haha

Review Baju Nikah
 Fe-feeling princess gitu bila pakai Adalia Dress by ZAWARA ni (^_^)
Hahaha kasik chance la Cik Kumbang perasantan kejap

Review Baju Nikah

Incik tunang pun dengan sempoinya juga beli jubah kahwin yang ready-made RM150 je.
Dah settle !!
Mudah kan? hahaha (^_^)

TOTAL DAMAGE : Baju Nikah RM219 + Veil Sewa dari Butik Baju Bersanding RM30
RM249 !!!

(^_^)

Thank you for reading this entry !
20 comments View Post

Hibernate

Hibernate
Assalamualaikum & Hi

Lama betul Cik Kumbang hibernate haha
Ni semua kes laptop rosak punya pasal la ni
Ceh laptop rosak juga yang dipersalahkan

Padahal diri sendiri yang pemalas nak update blog
Disebabkan laptop rosak hari tu maka tergendala la kerja-kerja design aku
Nasib baik gambar-gambar untuk entri Wedding Review dah upload dalam draft (>_<)
Masih ada 3 lagi entri yang belum di update untuk Wedding Review  tssskkkk ~
 
Alhamdulillah ramai juga Bride-To-Be yang order Printable DIY Kad Kahwin
And majoriti customer adalah Bride-To-Be dari negeri Johor
Waaa nampak benor bride-to-be dari Johor rajin-rajin kan hihihi

Okaylah den nak sambung reply komen-komen di blog ni
Tata ~

p/s:
Frust betul la bila link blog dak takde dot com macam dulu (T_T)
5 comments View Post

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com


Merdeka 2015

Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.

Merdeka 2015

Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

20 comments View Post